Tarikh: 12/10/2015
Hari: Isnin
Objektif :
Lawatan ini diadakan bagi memperkenalkan kanak-kanak dengan dunia pekerjaan sebenar. Murid diberi mencuba pelbagai pekerjaan yang ada tanpa rasa jemu. Peluang seperti inilah yang dapat memberi keyakinan sebenar kepada mereka. Murid kelihatan sangat gembira.
Moga aktiviti ini dapat dijalankan pada masa akan datang dn memberi peluang kepada mereka yang masih belum berpeluang.
Monday, 12 October 2015
RIANG RIA Kidzania
Saturday, 10 October 2015
Hari Sukan Negara SKAJ
Tarikh :10/10/2015
Objektif:
SKAJ menyahut seruan kerajaan demi membina sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sihat. Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi mengisi program hari ini antaranya:
1. Senamrobik
2. Sukaneka
3. Futsal
4. Bola Jaring.
Impak dari program ini,murid dan guru kelihatan begitu gembira sekali dan semakin cergas.
Friday, 18 September 2015
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
Hari: Jumaat
Tarikh: 18/9/2015
Tempat: Dewan SKAJ
Objektif:
Majlis ini diadakan bertujuan melahirkan semangat kemerdekaan dalam hati nurani murid. Juga mewujudkan semangat perpaduan dan bersatu hati dalam bersama-sama menjaga keamanan negara Malaysia. Semangat cintakan negara perlu wujud dalam jiwa anak-anak hari ini bertepatan dengan tema "Sehati Sejiwa"
Antara pertandingan yang diadakan ialah:
1. Pertandingan mewarna Tahap 1
2. Pertandingan menulis sajak dan pantun
3. Pertandingan lagu patriotik Tahap 2
4. Pertandingan pakaian tradisional
5. Menjejaki tokoh sejarah
#sehatisejiwa
Friday, 11 September 2015
Jamuan Pusat Sumber & Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan
Penyampaian sijil penghargaan atas khidmat bantu PSS kepada guru GPM di bawah pengelolaan PKG Jeram. Turut bersama meraikan majlis persaraan guru besar.
Tuesday, 8 September 2015
Sunday, 6 September 2015
PENILAIAN PSS SKAJ BAGI PERTANDINGAN PSS PERINGKAT NEGERI
Tarikh: 3/9/2015
Tempat: PS SKAJ
Tujuan: Para pegawai dari BTPN Selangor hadir bagi pemantauan dan penilaian pusat sumber sekolah untuk mewakili negeri. SKAJ telah terpilih bagi mewakili daerah Kuala Selanngor.
Hasil penilaian:
Banyak ilmu dan maklumat hasil perkongsian yang telah diberikan oleh pihak BTPN. Kami dari pusat sumber sangat terharu dan berterima kasih di atas kesudian BTPN untuk perkongsian ini. Apapun, kami akan terus menambahbaikan mutu dan kualiti Pusat Sumber Sekolah agar berjaya setaraf peringkat antarabangsa. Ini semua adalah kemudahan untuk murid dan keutamaan bagi mereka adalah keselesaan dan bahan bacaan terbaik di dalam pusat sumber. Alhamdulillah, kami telah melengkapi keperluan itu. Seperti yang telah diucapkan oleh guru besar, bukanlah kemenangan itu menjadi keutamaan tapi ilmu dan perkongsian yang kami terima ini adalah lebih bermanfaat. Apapun jika ditakdirkan ada rezekinya alhamdillah 😃.










